Osama Tidak Bersenjata Ketika Dibunuh Komando US

by Harian Malaya on 30 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Osama Tidak Bersenjata Ketika Dibunuh Komando US : Satu pendedahan mengenai Osama yang tidak bersenjata ketika operasi membunuhnya dijalankan oleh komando US.

Osama Tidak Bersenjata Ketika Dibunuh Komando US Kediaman dimana beliau digempur SEAL US

Osama bin Laden dilaporkan tidak bersenjata dan tidak bersedia apabila komando Amerika Syarikat menyerbu masuk ke biliknya dan menembak beliau mati di tempat persembunyiannya di Pakistan.

Sebuah buku tulisan seorang bekas komando SEAL Amerika yang terlibat didalam operasi berkenaan mendedahkan perkara ini.

Kisah misi membunuh ketua pengganas berkenaan didedahkan dalam buku biografi, No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden.

Ditulis di bawah nama pena, Mark Owen buku tersebut yang dijadualkan berada dalam pasaran pada 11 September depan akan dijual seminggu lebih awal.

Penulis buku berkenaan merupakan antara enam komando SEAL yang melihat Osama mati pada tahun lalu.

Buku Komando SEAL Buku No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden.

“Dia (Osama) langsung tidak melakukan persediaan untuk mempertahankan diri. Lelaki ini langsung tiada niat mahu melawan walaupun selama beberapa dekad dia begitu gah mengarahkan pengikutnya supaya melakukan serangan berani mati,”.

“Sepanjang saya berkhidmat dalam tentera, kami telah kerap kali menyaksikan penipuan seperti ini,” tambahnya.

Tindakan itu sekali gus mempersoalkan pernyataan rasmi kerajaan Amerika Syarikat tentang kerajaan Amerika memang tidak merancang menangkap Osama hidup-hidup.

Dalam bukunya, Owen memberitahu bahawa seorang anggota elit skuad berkenaan terserempak dengan Osama ketika dia cuba melarikan diri ke dalam bilik tidurnya.

Bilik itu terletak di tingkat tiga banglo berkenaan yang dihuni oleh Osama bersama sejumlah anggota keluarganya.

Beberapa anggota SEAL lain kemudian bergegas menaiki tangga untuk mengejar Osama. Osama dikatakan ditembak di kepalanya ketika dia menjenguk keluar melalui tingkap bilik tidurnya.

“Kami kurang lima langkah untuk sampai ke tingkat atas apabila saya terdengar bunyi tembakan. Ketika itu, saya tidak dapat melihat sama ada tembakan itu mengenai sasaran,” kata Owen.

Walaupun media AS melaporkan Osama bersenjata dan cuba melawan ketika dibunuh, askar itu berkata, ketua Al-Qaeda itu sebenarnya sudah tidak bernyawa apabila mereka berada di dalam bilik tidurnya.

Menurut Owen, ketika Obama terbaring, dia dan beberapa komando lain melepaskan beberapa das tembakan lagi ke dada lelaki itu.

Sebelum ini terdapat beberapa laporan [yang belum disahkan[, Osama sempat melawan sebelum ditembak mati.

Pentadbiran presiden Amerika, Barrack Obama juga masih berdebat sama ada mahu menyiarkan gambar ngeri mayat Osama kerana bimbang ia akan meningkatkan lagi sentimen anti-Amerika ketika dunia perlu diyakinkan bahawa pemimpin al-Qaeda itu sudah mati.

Namun, Pengarah CIA, Leon Panetta, berkata satu gambar pastinya akan ditunjukkan.

“Saya tidak sangsi satu gambar akhirnya akan ditunjukkan kepada umum,” katanya dalam temubual bersama NBC Nightly News.

Sebelum ini, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa pemimpin al-Qaeda sudah dibunuh dalam satu operasi tentera dan jenazah beliau disemadikan di laut.

Menurut jurucakap White House, Jay Carney, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut bagaimana keadaan Osama ketika dia diserang.

Mengulas pendedahan memalukan itu, ketua Pusat Operasi Khas AS memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat sensitif ketenteraan.

Dalam pada itu, sebuah laman web rasmi Al-Qaeda pada Jumaat lalu menyiarkan gambar dan nama komando SEAL yang bertanggungjawab menulis buku tersebut.

Tindakan tersebut dilakukan selepas saluran berita AS, FoxNews.com mendedahkan identiti penulis sebagai Matt Bissonnette.

Buku Mengisahkan Osama Tidak Bersenjata Ketika Dibunuh Komando US

Anggota komando SEAL itu yang kini berusia 36 tahun bersara selepas operasi membunuh Osama. – Agensi

Di Islamabad, Reuters melaporkan pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika.

Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali itu, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.

Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat.

Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: