Padah tendang kakak pada pagi raya

by Black Hat on 28 August, 2012

in Info Terkini

Share:

Padah tendang kakak pada pagi raya

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan telah menendang lutut kakak tirinya di rumah mereka di Jalan Kuala Krai di sini pada pagi 1 Syawal lalu, yang lazimnya menjadi detik untuk umat Islam bermaaf-maafan.

Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Najmi Yamin (20) mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan semasa dihadapkan di hadapan Majistret Muhamad Safuan Azhar.

Muhammad Najmi telah didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Paziah Mat Rovi (38) dengan menendang lutut kiri mangsa di sebuah rumah di Kampung Tunjung di Jalan Kuala Krai di sini pada sekitar 10.30 pagi 19 Ogos lalu.

Pelaku didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan – BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: