Pelawak Popular Bakal Bercerai Dengan Isteri : Berita panas selepas hariraya bilamana Pelawak Popular Bakal Bercerai Dengan Isteri.
Sekadar Gambar Hiasan Sahaja
Kisah panas seorang selebriti atau pelawak selepas raya, seorang pelawak popular dikhabarkan bakal berpisah dengan isterinya tidak lama lagi.
Khabarnya juga kes mereka sudah pun sampai ke mahkamah syariah.
Perbicaraan kes cerai pasangan ini akan berlangsung di sebuah mahkamah syariah di selatan tanah air pada pertengahan bulan hadapan dan diberitakan mereka sudah nekad untuk bercerai.
Si isteri dengarnya sudah lama makan hati sejak pelawak ini menjuarai pertandingan realiti TV dengan konsep komedi sekitar awal tahun ini.
Menurut sumber, pelawak lelaki yang banyak muncul di televisyen untuk rancangan raya ini sudah pun memiliki kekasih lain & tidak kisah meninggalkan si isteri.
Hubungan pelawak ini dengan kekasih baru beliau bermula tidak lama selepas beliau bergelar juara.
Pelbagai usaha telah dilakukan isterinya untuk menyelamatkan rumahtangga, namun khabarnya masih gagal.
Pelawak Popular Bakal Bercerai Dengan Isteri

{ 4 trackbacks }