Pemuda Pas: Ustaz Nasha, jangan ikut Hasan Ali

by Black Hat on 16 August, 2012

in Info Politik

Share:

Pemuda Pas: Ustaz Nasha, jangan ikut Hasan Ali

SHAH ALAM – Nasrudin Hassan (Ketua Pemuda Pas Pusat) menggesa Nasharudin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok) agar bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

Menurutnya, tindakan bekas Timbalan Presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan mempertikai Pas di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan lagi parti.

“Saya menggesa Ustaz Nasharudin untuk datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati.

“Jangan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hasan Ali sebelum ini. Mempertikai keputusan parti di media pihak lawan,” katanya yang dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu yang disiar di Buletin Utama TV3 malam tadi yang mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud serta menafikan Malaysia adalah negara islam.

Kenyataannya malam tadi itu telah menghangatkan semula perbahasan berhubung kedudukan Nasharudin dalam parti ekoran beliau dilihat secara terbuka telah menolak keputusan parti Pas.

“Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini, kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti,” kata Nasrudin lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa agar Nasharudin segara bertemu pemimpin tertinggi parti begi menyelesaikan segala masalah yang timbul secara dalaman.

“Saya tidak nampak Ustaz Nasharudin jenis yang tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.

“Ustaz Nasharudin sewajarnya berasa insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.

“Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak akan pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini, justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini,” katanya lagi.

- POLITIK @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: