Pendedahan Penghasilan Kambing Biri-biri Daripada Gen Cacing


Mengejutkan apabila sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak ‘baik’ yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau. Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac 2012.



“Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa,” kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China. Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China. Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

“Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia,” kata Yutao. China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya. Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China. Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top