Pengilat Kuku Termahal DiDunia

by Harian Malaya on 5 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Pengilat Kuku Termahal DiDunia :  Azature merupakan produk yang membuat pengilat kuku termahal didunia.

Bernilai AS$250,000 (RM77,500), Azature memperkenalkan produk baru syarikat itu yang juga merupakan pengilat kuku termahal didunia.

Pengilat Kuku Termahal DiDunia

Bagaimanapun, disebabkan ianya mahal, Azature hanya akan menghasilkan satu botol sahaja edisi terhad itu yang mengandungi 267 karat berlian hitam.

Namun, atas sambutan orang ramai, akhirnya syarikat Azatture menghasilkan versi botol 15 mililiter yang hanya mempunyai satu butir berlian hitam pada hujung bulan ini dengan harga lebih murah  AS$25 (RM77.50).

Kedai Fred Segal di seluruh Los Angeles telah dipilih untuk menjual pengilat kuku tersebut. Produk versi bajet tersebut boleh didapati dalam warna hitam berkilat.

Pemilik syarikat itu, Azature dalam satu kenyataan berkata, berlian hitam adalah permata terbaik didunia. ”Saya terfikir mengapa tidak menjadikannya sebagai penghias kuku. Jadi saya ciptakan Pengilat Kuku Berlian Hitam,” katanya.

Pengilat Kuku Termahal DiDunia-Azature

Jadi, kepada peminat di Malaysia yang inginkan kemewahan pengilat kuku tersebut, mungkin anda boleh menunggu kedatangan produk versi bajet keluaran Azature itu ke Malaysia nanti.

Pengilat Kuku Termahal DiDunia – Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: