Penyanyi Farah Asyikin Terlibat Kemalangan: Penyanyi wanita yang kini berhijab, Farah Asyikin telah mengalami kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Menurut sumber yang diperoleh dari laman blog hiburan, Rotikaya, penyanyi wanita, Farah Ashikin baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan kereta Mitsubishi yang dipandunya dengan sebuah kereta Suzuki Swift sekitar pukul 8.00 pagi di hadapan Pejabat Suruhanjaya Sekuriti, bukit Kiara.
Kedua dua yang pihak terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kereta Mitsubishi yang dipandu oleh Farah Asyikin mengalami kerosakan yang agak teruk.
Dipercayai kereta yang dipandu oleh Farah Asyikin adalah milik sepupunya - Penyanyi Farah Asyikin Terlibat Kemalangan




{ 6 trackbacks }