Penyokong Janji Demokrasi banjiri Dataran Merdeka

by Black Hat on 31 August, 2012

in Info Politik

Share:

Penyokong Janji Demokrasi banjiri Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR - Kumpulan para penyokong Himpunan Janji Demokrasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 esok telahpun mula membanjiri lokasi perhimpunan itu – di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, dengan mengenakan kemeja-T dan lain-lain lambang berwarna kuning dan tertulis “bersih”.

Terbaru

Berita lainnya : Himpunan Janji Demokrasi: Pemuda berak pada gambar Najib
Berita lainnya 2 :  19 Pasangan ditangkap khalwat malam Merdeka

Keadaan di pekarangan Dataran Merdeka mula gamat dengan pelbagai bunyian, namun keadaan masih terkawal sehingga kesemua peserta bersurai.

Kedengaran laungan “Bersih” dilaungkan beberapa kali disini.

Pun begitu sehingga 10.30 malam tadi, wakil penganjur Himpunan Janji Demokrasi tidak jua kelihatan. Mengikut maklumat diterima sebelum ini, perhimpunan itu akan bermula jam 11 malam.

Kira-kira pukul 11.15 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah tiba di perkarangan Dataran Merdeka.

Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai juga turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos.

Manakala sebahagian besar kawasan Jalan Raja-Jalan Tun Perak dibanjiri oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi yang terlebih dahulu bersedia untuk perhimpunan keesokan harinya.

Eyriqazz Vs Denaihati

Seperti lazimnya keadaan ibu negara khususnya di laluan ke pusat bandar dan dekat Dataran Merdeka sesak teruk.

Papan tanda yang membawa mesej “Dilarang mengadakan sebarang aktiviti di sini” – merujuk kepada Dataran Merdeka, juga kelihatan dipacak di persimpangan Jalan Raja-Tun Perak. Barisan anggota polis juga ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Ekoran kawalan ketat di kawasan Dataran Merdeka, pemimpin-pemimpin Himpunan Janji Demokrasi beralih ke Dataran DBKL, kira-kira 20 meter dari situ.

Dalam perkembangan lain petang tadi, polis mengeluarkan notis bahawa Himpunan Janji Demokrasi malam ini bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, namun penganjur bertekad untuk mengadakannya di Dataran Merdeka atau mana-mana kawasan yang sesuai.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan, beberapa pengguna Twitter menghantar mesej tidak dapat bergerak ke Dataran Merdeka atas alasan “sesak kerana geng Bersih.”

Jumlah kehadiran juga dikatakan agak besar di sebalik larangan pihak polis agar tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana tiada kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Eyriqazz Vs Denaihati

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga kelihatan hadir, antaranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Himpunan yang serupa juga diadakan di beberapa bandar utama yang lain termasuk di Ipoh.

Memandangkan 31 ogos adalah cuti rasmi, di jangkakan jutaan rakyat yang akan hadir pada kemuncak Kemerdekaan ke 55 pada malam di dataran merdeka, terdiri dari pelbagai jenis kaum, bangsa dan agama juga fahaman politik – POLITIK @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: