Punca Penjaga Gol Terangganu Pengsan

by MediaKini on 27 August, 2012

in Info Sukan

Share:

Punca Penjaga Gol Terangganu Pengsan: Tersalah makan punca penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee pengsan di atas padang tempoh hari.

Dalam insiden tersebut, Sharbinee tiba-tiba meluru keluar dari kawasannya di pertengahan babak kedua dan rebah. Dia kemudian digantikan dengan Muhd Saifuddin pada minit ke-64. Perlawanan kedua Kumpulan B Piala Malaysia menentang Tentera di Stadium Selayang malam kelmarin menyaksikan Tentera menang 2-1 hasil jaringan pemain import, Marlon Alex James itu,

Menurut Pengurus pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, Sharbinee tiba-tiba pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan.

“Dia pengsan kerana mengalami keracunan makanan selepas makan udang berlebihan sebelum permainan,”

“Ini disahkan sendiri oleh pegawai perubatan. Selepas diberi rawatan dia pulih sepenuhnya dan akan diturunkan dalam kesebelasan utama apabila bertandang ke Kedah Selasa ini (esok).”

Namun Che Mat menafikan sekeras-kerasnya insiden yang menimpa Sharbinee berpunca daripada perbuatan khianat. Pada perlawanan berkenaan, Sharbinee bekerja keras menafikan beberapa percubaan Tentera tetapi gagal menangkis percubaan Marlon pada minit ke-31.

Sejurus Sharbinee Allawee dikeluarkan, Marlon menambah jaringan pada minit ke-74 sebelum pemain gantian, Joseph Kalang Tie merapatkan jurang dua minit kemudian untuk Terengganu. – Punca Penjaga Gol Terangganu Pengsan

5.0

Previous post:

Next post: