Reman Keluarga Terdekat Eksekutif TV9 Dilanjut

by Black Hat on 7 August, 2012

in Info Terkini

Share:

Reman Keluarga Terdekat Eksekutif TV9 Dilanjut

KUALA LUMPUR – Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari ke atas anggota keluarga terdekat eksekutif TV9, Syaleza Jaffar(31) bagi membantu siasatan kematian wanita itu yang berlaku pada 28 Julai lalu.

Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata, tempoh tahanan reman lelaki itu yang dijadualkan berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 10 Ogos ini.

Syaleza ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita terbabit.

Susulan itu juga, pihak polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 29 Julai lalu  sekitar 10.15 malam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: