Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Dari Aidil: Pelakon wanita Rita Rudaini menerima SMS berbentuk ugutan dari suaminya, Aidil Zafuan.
Menerusi laman berita Mstar, Rita Rudaini memberitahu pihak wartawan yang dia telah menerima SMS ugutan dari suaminya selepas kenyataannya tentang masalah rumah tangganya disiarkan di Melodi pada ahad lepas.
“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).
“Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,”
“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?”
Menerusi rancangan Melodi tempoh hari Rita yang ditemu bual wartawan Azmi Jamsari telah mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga mereka. Menurut Rita lagi, masalah rumah tangga mereka menjadi lebih rumit apabila ada pihak ketiga yang cuba untuk menghasut suaminya. - Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Dari Aidil


{ 4 trackbacks }