Rumah Imuda dipecah masuk,rugi RM7000

by Black Hat on 28 August, 2012

in Info Terkini

Share:
Imuda

KUALA LUMPUR – Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini telah dipecah masuk baru-baru ini dan beliau kerugian RM7000.

Bagaimanapun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang ke rumah setelah bercuti raya di Pulau Pinang selama 10 hari  .

“Ketika sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak.Komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya juga turut hilang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu. Mereka masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

“Mereka (suspek) juga sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur,” katanya lagi.

Imuda turut memberitahu kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya.Malah isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.

“Rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak pada bulan lepas,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu pihaknya sedang mengesan suspek.

“Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda,” katanya.

Berikut adalah kes seorang lagi rumah artis dipecah, selepas rumah Mawi dan Aznil sebelumnya- ARTIS MALAYSIA, BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: