Saya tolak hudud PAS,bukan hudud Islam – Tun Mahathir

 
Saya tolak hudud PAS,bukan hudud Islam - Tun Mahathir

Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS tetapi tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam.

“Saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Saya hanya tolak hudud Pas.Antara dua ni kita kena bezakan sebab ia lain,” katanya.

Tun Mahathir berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan ianya tiada di dalam al-Quran.

“Ia tidak kena dengan Islam.Saya tidak boleh sokong itu. Kalau sesuatu itu tidak adil, maka dia tidak Islam. Dalam Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan,” katanya.

Mengenai pilihan raya umum yang dijangka bakal diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.

“Jika sudah ditetapkan bulan November, kami akan adakan pada November. Saya rasa BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini,” katanya.

- Politik @ forblogger.net

 

Leave a Reply