Semakan Rayuan Kemasukan Ke IPTA 2012

by MediaKini on 9 August, 2012

in Info Pendidikan

Share:

Semakan Rayuan Kemasukan Ke IPTA 2012: Semakan keputusan permohonan rayuan kemasukan ke IPTA 2012 untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi sudah boleh disemak bermula 12 tengah hari, 10 Ogos 2012.

Calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan sebelum ini kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan, dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.

Segala maklumat boleh diperoleh melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web http://upu.mohe.gov.my. http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.

Semakan permohonan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Tahniah kepada semua yang berjaya memasuki IPTA. Semoga terus tekad dan gigih menempuh cabaran dalam mencapai impian. - Semakan Rayuan Kemasukan Ke IPTA 2012

5.0

Previous post:

Next post: