Siti Nurhaliza Akan Ke Mekah Hujung Ramadhan

by Harian Malaya on 4 August, 2012

in Info Artis

Share:

Siti Nurhaliza Akan Ke Mekah Hujung Ramadhan : Datuk Siti Nurhaliza diberitakan akan ke Mekah bersama suami untuk menunaikan umrah pada hujung Ramadhan ini.

Datuk Siti Nurhaliza memberitahu hajatnya ke Mekah hujung Ramadhan semasa ditemui di majlis pelancaran produk terbaru Simplysiti, Bejeweled yang berlangsung di Berjaya Times Square, baru-baru ini.

Siti Nurhaliza Akan Ke Mekah Hujung Ramadhan

“InsyaAllah jika tiada sebarang halangan Siti dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada penghujung ramadan ini. Alhamdullilah tahun ini ada lagi rezeki Siti dan suami pergi ke sana untuk beribadat. Kami akan pulang sehari sebelum hari raya dan akan beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama. Selepas itu baru kami putuskan untuk pulang beraya di Kuala Lipis atau kampung suami di Kedah.”

Tahniah Datuk, semoga hajat tercapai dan Forblogger juga mengucapkan selamat pergi dan kembali nanti.

Siti Nurhaliza Akan Ke Mekah Hujung Ramadhan – Hiburan @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: