Siti Saleha – Buang 1000 Rakan Dalam Facebook : Mungkin kerana marah gambar lama beliau bersama Adney tersebar kembali, Siti Saleha ambil keputusan buang 1000 rakan facebook.
Gara-gara digosipkan dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney, Siti Saleha telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat tapisan terhadap rakan-rakan Facebooknya.
Menurut Siti, dia terpaksa menyingkirkan kira-kira 1000 orang rakan Facebook yang kurang dikenalinya kerana tidak mahu ada pihak sekali lagi menyalahgunakan gambar peribadinya.
“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,” ulas Siti Saleha berterus-terang.
Adik kepada Sam Bunkface ini sekali lagi turut menegaskan pada waktu ini, dia tidak ada menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki, kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan.
Menurut info dari GUA juga, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi.

