MIRI – Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia pada malam Jumaat lalu mendakwa dia ternampak kelibat bayangan ‘hantu’ dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang melalui pintu kecemasan, di sini.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong (24) mendakwa, kehadiran bayangan ‘hantu’ yang mengganggunya itu menyebabkan dia menjadi ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.
Menurut Chong, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal yang bertugas.
“Semasa pesawat itu bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.
“Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat,” jelas Chong ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.
Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ – BERITA TERKINI @ forblogger.net.


{ 1 trackback }