Suami dituduh bunuh Eksekutif TV9

by Black Hat on 10 August, 2012

in Info Terkini

Share:

Suami dituduh bunuh Eksekutif TV9 : Mahkamah telah buat satu pertuduhan ke atas suami Syaleza Jaffar, Eksekutif TV9 yang telah ditemui mati dirumahnya.

Suami kepada Eksekutif Pentadbiran Wanita TV9, dituduh di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh isterinya dikediaman mereka di Damansara Damai, bulan lalu.

Suami dituduh bunuh Eksekutif TV9

Norazman Bashah dituduh membunuh mangsa di rumah bernombor 115, Tingkat 1, Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Sungai Buloh antara jam 12.30 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, bekas pekerja bahagian teknologi maklumat (IT) Bernama dilihat mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Tertuduh kini bertugas sebagai eksekutif IT di sebuah syarikat gas dan minyak. Bagaimanpun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Suami dituduh bunuh Eksekutif TV9     Berita Terkini @ Forblogger

 

5.0

Previous post:

Next post: