Tertembak Anak Yang Disangka Monyet

by Harian Malaya on 28 August, 2012

in Info Riadah

Share:

Tertembak Anak Yang Disangka Monyet : Seorang bapa, tidak pernah menyangka bahawa tembakan yang beliau lepaskan untuk monyet akhirnya membunuh anaknya sendiri.

Ibarat senjata makan tuan, begitulah yang kerap terjadi kepada pemburu yang sering memburu binatang liar sama ada untuk makanan atau menghalau.

Tertembak Anak Yang Disangka Monyet Gambar Hiasan

Seorang petani di selatan Nepal tersalah tembak anak lelaki yang disangka seekor monyet sedang cuba mencuri hasil tanaman di kebunnya, semalam.

Menurut polis, Chitra Bahadur Pulami, 12, sedang memanjat sebatang pokok untuk menghalau sekumpulan monyet yang sering mengganggu tanaman keluarganya tetapi bapanya, Gupta Bahadur, 55, telah menembaknya.

“Chitra bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian selepas ayahnya menyangka dia adalah salah seekor monyet di pokok tersebut,” kata polis daerah Arghakhanchi, Arun Poudel.

Gupta kini direman polis bersama senjata yang digunakannya menembak mangsa.

Tertembak Anak Yang Disangka Monyet

Info Riadah @ Forblogger

5.0

Previous post:

Next post: