Tiada tindakan terhadap Abdullah Saamah

by Black Hat on 13 August, 2012

in Info Politik

Share:

Tiada tindakan terhadap Abdullah Saamah

SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Abdullah Saamah (Pengasas Pondok Geting, Tumpat) berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.

Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta termasuk tidak membenarkan penggunaan pembesar suara untuk azan solat subuh di Pulau Pinang.

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong parti DAP itu,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP nanti – POLITIK @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: