Tiket Kereta Api Ke Pantai Timur Habis Dijual

by Black Hat on 6 August, 2012

in Info Terkini

Share:

Tiket Kereta Api Ke Pantai Timur Habis Dijual

KUALA LUMPUR — Tiket kereta api ke destinasi Pantai Timur sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tempoh 10 Ogos hingga 18 Ogos ini telah habis dijual sejak beberapa minggu lalu lagi.

Pengurus Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Noordin Kimi berkata, destinasi itu membabitkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat Kelantan dan Woodlands Singapura ke Tumpat.

“Tiket kereta api bagi perjalanan ke Kuala Lumpur dari Tumpat bagi tempoh 23 Ogos hingga 26 Ogos turut habis dijual namun masih banyak lagi tiket bagi perjalanan dari Tumpat ke Singapura bagi tempoh yang sama,” Jelas Noordin ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, bagi menampung jumlah penumpang yang ramai sempena musim perayaan ini, KTMB menyediakan gerabak tambahan agar tidak timbul masalah tempat duduk kelak, katanya.

Ditanya mengenai langkah keselamatan dalam memastikan semua trek kereta api berada dalam keadaan yang terbaik, Noordin berkata KTMB mempunyai sebuah pasukan yang khusus membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa pada setiap trek.

Selain itu juga, anggota polis bantuan KTMB turut ditempatkan di dalam gerabak ke semua destinasi demi memastikan tidak wujudnya penumpang tanpa tiket dan sebarang kejadian tidak diingini, katanya lagi.

Info : Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tiket dan waktu perjalanan kereta api boleh melayari laman sesawang di www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat maklumat KTMB di talian 03-22671200 – BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: