TJ Jackson Menang Hak Jaga Anak Micheal Jackson : TJ Jackson, merupakan anak saudara kepada mendiang Raja Pop Micheal Jackson dilaporkan memenangi hak penjagaan keatas tiga orang anak Micheal Jackson, Prince, Blanket dan Paris.
LOS ANGELES – Mahkamah Tinggi Los Angeles memutuskan anak saudara Michael Jackson, TJ, 34, akan bertindak sebagai penjaga tetap kepada tiga anak Raja Pop itu.
Peranan itu akan dikongsi bersama oleh ibu Raja Pop, Katherine Jackson.
Keputusan itu menamatkan kisah terbaru yang menyelebungi keluarga Jackson sejak kematiannya Jun 2009 ketika berusia 50 tahun akibat pengambilan ubat bius propofol secara berlebihan.
“Jelas bagi saya bahawa kanak-kanak itu mempunyai ikatan dan hubungan yang rapat dengan TJ Jackson,” kata Hakim Los Angeles, Mitchell Beckloff.
Sebelum ini, Katherine Jackson, 82, menjadi penjaga tunggal kepada Prince Michael, 15; Paris, 14 dan Prince Micheal II atau lebih dikenali sebagai Blanket, 10, sejak kematian Jackson.
TJ Jackson Menang Hak Jaga Anak Micheal Jackson.


