10 Orang Terkaya Amerika Syarikat, Bill Gates Kekal Orang Terkaya : Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang paling kaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut.
Nilai kekayaan beliau dikatakan meningkat sebanyak AS$7 bilion (RM21 bilion) tahun lalu. Kekayaan beliau buat masa sekarang dianggarkan bernilai AS$66 bilion (RM198 bilion).
Dalam pada itu, jumlah nilai kekayaan warga AS telah meningkat 13 peratus kepada AS$1.7 trilion dengan purata milik 400 orang paling kaya di negara itu dianggarkan lebih $400 juta (RM1.2 bilion) tahun ini.
Mengikut senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion).
Berikut 10 orang paling kaya di AS :
1. Bill Gates, pengasas dan pengerusi Microsoft (AS$66 bilion)
2. Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)
3. Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)
4. Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)
5. David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)
6. Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)
7. Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)
8. Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)
9. S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)
10. Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion)


{ 2 trackbacks }