3 Gadis “Gangster Felda Adela”, Polis Belum Terima Laporan : Satu video di youtube, Gengster Felda Adela telah menjadi perhatian kerana 3 gadis dirakam sedang membuli seorang dipercayai rakan mereka.
Video ini telah pun diketahui oleh pihak polis, namun polis masih belum mampu bertindak kerana laporan rasmi dari mangsa masih belum di terima.
Hanya kerana seorang lelaki, tiga gadis yang berang dengan seorang rakan sekolah mereka bertindak ganas dengan menampar, menendang, menggunting rambut dan mengugut mahu membogelkan mangsa dalam paparan video bertajuk ‘Gengster Felda Adela’.
Lebih malang, tayangan video selama 11 minit 57 saat membuktikan kelakuan jijik tiga remaja terbabit yang turut dihadiri seorang remaja lelaki dipercayai bertindak sebagai jurukamera tambahan apabila remaja perempuan ketiga membelasah mangsa.
Klip video itu bermula dengan dua remaja perempuan bertengkar dengan seorang daripada mereka mula memarahi mangsa sebelum menamparnya.
Dari perbualan, dipercayai, mereka telah dituduh dan di fitnah oleh gadis itu menyebabkan seorang lelaki enggan berkawan dengan mereka.
Beberapa minit kemudian, seorang rakannya yang bertudung memaki hamun mangsa sebelum turut menampar dan mengeluarkan gunting.
Remaja bertudung itu kemudiannya dilihat semakin berani apabila menggunting rambut mangsa sambil menghamburkan kata-kata kesat.
Tidak tahan dibuli, si gadis mangsa buli mangsa cuba melarikan diri namun beliau berjaya ditangkap semula oleh 2 gadis pembuli itu.
Remaja perempuan itu kemudiannya di lihat menangis kerana di ugut oleh 3 gadis gangster. Dipercayai, mangsa diugut akan di b@gelkan di depan lelaki yang mengambil video itu.
Pihak polis menerusi Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Cik Mahazan Che Aik berkata, polis perlu menerima laporan dari mangsa dan tidak dapat bertindak sekiranya laporan tidak dibuat.
Namun begitu video “Gangster Felda Adela” telah di padam di youtube oleh individu yang dipercayai orang yang telah memuat naik atau pihak tertentu.


{ 2 trackbacks }