SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor telah dituntut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM405,270 kepada 711 pengguna air Selangor yang telah memfailkan saman terhadap kerajaan Negeri itu berhubung tunggakan subsidi air percuma, yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Melalui peguam Kamarudin Ahmad, saman itu difailkan oleh Tetuan Kamarudin dan Partners di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.30 pagi.
Dalam saman itu, plaintif menamakan Kerajaan Selangor sebagai defenden pertama manakala Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) masing-masing defenden kedua dan ketiga.- Berita Terkini @ forblogger.net

