Abby Abadi Membidas Kenyataan Dr Maza Jual Muka

by MediaKini on 8 September, 2012

in Info Artis

Share:

Abby Abadi Membidas Kenyataan Dr Maza Jual Muka :Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza kelmarin telah mengeluarkan 1 entri di blog beliau yang mana penulis sifatkan penulisan yang seimbang.

Beliau tidak mengampu kerajaan ataupun membabi-buta menyokong parti pembangkang.

Kedua-dua belah pihak beliau berikan nasihat.Memandang kepada kedudukan beliau dan tahap pendidikan agama yang dimilikinya, maka beliau adalah antara orang yang selayaknya bagi menegur kedua-dua belah pihak.

Beliau juga berhati-hati kerana tidak menyebut nama mana-mana individu mahupun kumpulan, namun penulisannya jelas dan semua boleh tahu ia merujuk kepada siapa.

Dalam entri tersebut, Dr Maza ada menyentuh 1 bahagian berhubung sikap artis yang berhijrah serta secara tidak langsung menegur sikap PAS yang berbelanja banyak bagi mengusung artis ke sana-sini.

“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.

“Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya,” katanya dalam entri itu.

Lantasan daripada kenyataan Dr Maza itu disambut oleh Abby Abadi dalam laman twitternya.

Abby Abadi Membidas Kenyataan Dr Maza Jual Muka

 

5.0

Previous post:

Next post: