Adele Nafi Kahwin Secara Rahsia :Penyanyi Adele menyangkal khabar angin terbaru yang mendakwa dia sudah berkahwin dengan kekasihnya Simon Konecki secara rahsia.
Adele Nafi Kahwin Secara Rahsia
Menurut Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins, 24, menafikan kenyataan dalam mesej Twitternya, desas-desus dia sudah berkahwin pada Julai lalu sebelum melahirkan anak pada bulan depan adalah tidak benar sama sekali.
“Saya belum berkahwin… Zzzzz,” katanya dalam mesej Twitter seperti dipetik akhbar Mirror.
Kontrevesi berkenaan mula tercetus pada malam Rabu (waktu tempatan) lalu selepas sebuah majalah dari Amerika Syarikat iaitu Life and Style telah memaparkan gambar-gambar penyanyi itu bersama sebentuk cincin perkahwinan di jarinya ketika berada di sini pada Julai lalu.
“Adele serta Simon berjaya menyembunyikan rahsia kehamilan bagi tempoh yang lama, sama seperti berita perkahwinan mereka.
“Dia seorang wanita konservatif dan kelihatan tidak sabar bagi memulakan institusi keluarga. Dia hanya mahu menumpukan pada bayi dan lelaki yang dicintainya,” kata satu sumber.
Mesej Twitter penyanyi lagu Someone Like You itu merupakan salah satu mesej mengenai kehidupan peribadinya yang dikongsi bersama khalayak sejak beberapa bulan lalu. - Adele Nafi Kahwin Secara Rahsia

{ 1 trackback }