Adik Ipar Enggan Bekerja Di Tembak Dua Kali

by MediaKini on 6 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Adik Ipar Enggan Bekerja Di Tembak Dua Kali: Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak ‘ala koboi’ apabila melepaskan 2 das tembakan yang mengenai perut lelaki terbabit dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai Jojo, 32, kini menerima rawatan di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil setelah ditembak dari jarak dekat oleh abang iparnya yang dipercayai menggunakan sepucuk pistol.

Difahamkan, sebelum kejadian tersebut, kedua-dua mereka dipercayai bertengkar termasuk mangsa ada menegur abang iparnya berusia 50 tahun yang juga tidak keluar bekerja di ladang kepala sawit.

Sumber berkata, suspek kemudian mengambil sepucuk pistol lalu menuju ke bilik mangsa dan melepaskan 2 das tembakan, kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, suspek yang mula panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah kemudian melarikan diri.

“Beberapa anggota keluarga yang terkejut dengan tembakan itu dan mendapati mangsa terbaring sambil menekap perutnya yang berlumuran darah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

“Siasatan mendapati, kejadian itu berpunca apabila kedua-dua bertengkar sebelum suspek menembak mangsa.

“Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui 2 kelongsong peluru dipercayai pistol digunakan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis sedang giat memburu suspek yang melarikan diri sebaik kejadian tersebut, manakala mangsa masih menerima rawatan di hospital.

“Polis meminta orang ramai yang mengetahui lokasi suspek menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di talian 087-332 222 bagi membantu siasatan,” katanya. - Adik Ipar Enggan Bekerja Di Tembak Dua Kali

5.0

Previous post:

Next post: