Demi Islam, akhirnya Umno dan Pas setuju bergabung

by Black Hat on 15 September, 2012

in Info Agama

Share:

Akhirnya Umno dan Pas setuju bergabung

SHAH ALAM – Umno telah menyatakan persetujuan untuk bergabung bersama dengan Pas selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan untuk bersama menghalang penerbitan video Innocence of Muslims yang menghina Islam.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu sangat disambut baik oleh Umno dalam usaha menentang musuh Islam supaya tidak terus memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, penerbitan video yang menghina Islam dan Rasulullah SAW memang wajar menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia, ekoran dari itu berlaku pembunuhan ke atas Duta Amerika Syarikat di Libya dalam satu rusuhan Protes rakyat disana yang bangkit dari kemarahan.

“Insiden itu amat dikesali dan saya ingin menasihatkan masyarakat Islam Malaysia supaya melakukan perhimpunan yang relevan tanpa melibatkan keganasan.

“Cadangan Abdul Hadi kami sambut baik dan perlu dibincangkan pada peringkat atas supaya bersama-sama menolak penerbitan itu atas dasar Islam,”

katanya kepada wartawan disini semalam.

Menurutnya, isi kandungan filem itu sengaja disiarkan kisah yang sebaliknya supaya umat Islam dilabelkan sebagai pengganas dan tidak bermoral di mata dunia.

Ahmad berkata lagi, umat Islam harus bergabung tanpa mengira fahaman politik atau bangsa, yang peting Islam, demi menyelamatkan maruah Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya juga turut memberi respon , beliau sangat menyokong sepenuhnya cadangan bergabung itu.

Katanya, gabungan seperti itu bukan sahaja perlu membabitkan Umno dan Pas, bahkan sepatutnya melibatkan umat Islam keseluruhannya di Malaysia dan seluruh dunia.

Menurut Ustaz Fathul lagi, semua pihak perlu bertanggungjawab membersihkan segala tuduhan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan memberhentikan tindakan mempersendakan Islam itu.

“Saya juga ingin mencadangkan ahli dan cendikiawan agama bersatu bersama-sama menjawab semua fitnah itu secara ilmiah dalam beberapa jenis bahasa dunia menjelaskan perkara ini.

“Setelah video ini tersebar Youtube, masyarakat mulai tercari-cari bukti dan jawapan sebenar mengenai isu tersebut,”

katanya.

Fathul Bari berkata, pendekatan itu harus menjawab balik fitnah mereka yang anti Islam mengenai pengisian video tersebut tidak berasas dan benar.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama mengecam penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mengarahkan pihak berkuasa tidak membenarkan penayangan filem itu di Malaysia.

“Bagi kita orang Islam, kita tidak boleh terima (filem menghina Nabi Muhammad SAW). Ia adalah satu kesalahan yang sangat besar. Kita tidak boleh mengizinkan mahupun dalam bentuk filem, perkataan dan apa saja. Apa jua yang menghina Nabi dan Islam kita tolak,”

katanya semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pengeluaran filem itu adalah “satu perbuatan jahat yang langsung tidak menghormati senseviti agama sesama masyarakat di dunia.”

Muhyiddin mengulas demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu dan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta sambutan mesra Aidilfitri, di Kota Bharu.

“Saya sendiri secara peribadi, sepatutnya kita ban (filem ini), jangan kita benarkan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW ini,” katanya.
“Mungkin ada tujuan tertentu yang dilakukan supaya ada pertembungan antara agama, ada pergaduhan, sesuatu yang boleh bawa kesan besar kepada masyarakat dunia,”

katanya lagi.

Di MARANG, Hadi berkata, umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik perlu bersatu mengecam pembikinan serta penyebaran filem menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW terbabit.

“Saya percaya umat Islam tidak kira siapa atau di mana saja mempunyai ‘roh’ Islam yang memberi kita semangat untuk bersama berjuang mempertahankan Islam daripada puak-puak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Namun saya ingin ingatkan dalam kita bertindak balas mempertahankan Islam, jangan pula kita terlajak. Jangan ada sesiapa yang tidak bersalah jadi mangsa atau sampai kita menghina agama orang lain seperti mereka,”

katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan membantah filem itu yang dihadiri lebih 500 orang berlangsung selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Rusila.

Abdul Hadi turut meminta kerajaan pusat bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap perkara tersebut.

-Info Agama @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: