Alyah 50 peratus pulih

by Black Hat on 18 September, 2012

in Info Artis

Share:

Alyah 50 peratus pulih

Alyah 50 peratus pulih:  Alyah kini sedang menjalani beberapa rawatan fisioterapi di Hospital KPJ Damansara selepas  penyanyi itu ditimpa lampu acara (spotlight) yang berlaku di rumah terbuka Hot FM pada 14 September lalu.

Pengurus peribadi Alyah, Shuib memberitahu Alyah kini telah pun pulih sebanyak 50 peratus sejak menjalani rawatan di hospital tersebut.

“Alhamdulilah, tiada apa yang serius dan Alyah berada dalam keadaan yang stabil. Cuma dia masih perlukan rawatan selanjutnya untuk muscle tissue di bahagian berlakangnya yang ditimpa spotlight.

“Malah mengikut laporan oleh doktor Alyah sudah pulih sebanyak 50 peratus. Namun masih memerlukan beberapa rawatan di hospital termasuk dua kali fisIoterapi.

“Buat masa ini saya tidak boleh memberi apa-apa komen kerana tidak dibenarkan berbuat demikian selepas perjanjian kami bersama Media Prima,”

jelasnya ringkas.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati itu telah hadir ke majlis berkenaan bersama artis undangan yang lain seperti Yuna, Tomok dan kumpulan Forteen dan malangnya ketika acara sedang berlangsung sebuah lampu (spotlight) yang dilanggar sesorang jatuh dan menimpa belakang Alyah.- Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: