Amran Ismail Lancar Single Sulung ‘Ini Janjiku’

by MediaKini on 10 September, 2012

in Info Artis

Share:

Amran Ismail Lancar Single Sulung  ’Ini Janjiku’: Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri, ‘Cinta Untuk Amelda’, Amran Ismail kini telah mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian pula dengan terlancarnya single sulung berjudul ‘Ini Janjiku’.

Lebih istimewa lagi apabila sesi pra dengar single ini telah berlangsung di hadapan 40 orang peminat bertuah di Pulau Redang. Lagu serta lirik ‘Inilah Janjiku‘ merupakan ciptaan penuh pelakon yang berasal dari Johor Bahru ini.
Amran dan peminatnya ke Pulau Redang adalah bersempena program ‘Jom Santai Bersama Amran Ismail’ yang berlangsung dari 8 sehingga 10 September 2012. Dalam program tersebut, Amran telah menerima kejutan sambutan hari lahir ke-27 yang jatuh pada 8 September lalu. - Amran Ismail Lancar Single Sulung  ’Ini Janjiku’
5.0

Previous post:

Next post: