Anggota bomba selamatkan wanita mahu terjun hotel

by Black Hat on 10 September, 2012

in Info Terkini

Share:

 

SANDAKAN: Anggota bomba berjaya menghalang cubaan seorang wanita untuk terjun dari tingkat enam sebuah hotel di sini, pada pagi tadi.

Anggota bomba selamatkan wanita mahu terjun hotel Foto oleh Poliana Ronnie Sidom

Wanita berumur 33 tahun berasal dari Selangor itu berbuat demikian kerana dipercayai mempunyai masalah hubungan cinta dengan teman lelakinya.

Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi tadi, apabila wanita itu dilihat berdiri di tepi tingkap sebuah bilik di tingkat berkenaan dan mengugut ingin terjun ke bawah.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Aduling Habib Mohamad berkata, pihaknya yang mendapat panggilan tentang perkara itu, bersama anggota polis memujuk wanita berkenaan selama lebih kuang sejam.

Bagaimanapun wanita itu tetap berdegil dan mengugut akan terjun ke bawah jika dia cuba dihampiri, katanya.

“Ketika pihak polis cuba memujuk wanita itu dari tepi tingkap, manakala tiga anggota bomba yang dilengkapi tali keselamatan keluar dari dua tingkap bersebelahan, lalu menyelamat wanita berkenaan,”

tambahnya.

Wanita berkenaan dikatakan mendaftar masuk ke hotel tersebut pagi tadi bersama sorang rakan wanitanya. Dia diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan, – BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: