Angkara Tidak Puas Hati Kepada Suspek: Lima lelaki bertindak nekad mengekori seorang lelaki yang cedera dalam pergaduhan sehingga ke Jabatan Kecemasan Hospital Jempol (HJ), di sini, sebelum menetak mangsa, dalam kejadian malam kelmarin.
Kejadian jam 8 malam itu juga turut disaksikan beberapa kakitangan hospital termasuk doktor serta jururawat yang terkejut melihat tindakan ala mafia suspek yang menyerang mangsa.
Sebelum itu, pada jam 6 petang hari sama, mangsa, lelaki berusia 35 tahun terbabit dalam pergaduhan bersama seorang daripada suspek berusia 21 tahun kerana tidak puas hati apabila lelaki itu mengganggu adiknya di Taman Satelit, Bahau, di sini.
Menurut sumber, dalam pergaduhan tersebut, suspek cedera di kaki, manakala mangsa cedera di kepala sebelum dibawa adiknya ke Hospital Jempol tanpa menyedari suspek masih tidak puas hati dan membawa 4 rakan mengekorinya ke hospital.
“5 lelaki berusia 20-an itu telah memasuki kawasan hospital berkenaan dengan membawa parang dan menyerang mangsa yang mendapatkan rawatan dengan ditemani keluarganya,” katanya. - Angkara Tidak Puas Hati Kepada Suspek


{ 3 trackbacks }