
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan semalam satu lagi gimik politik Barisan Nasional (BN) baginya.
Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam hanya cuba memenangi hati rakyat dengan pelbagai insentif.
“Ini hanyalah gimik politik. Pembentangan Bajet 2013 ini sebenarnya hanya bermotifkan politik,”
kata Ketua Pembangkang itu ketika ditemui wartawan selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat selesai.
Tambah Anwar lagi, rakyat sendiri bijak menilai motif permainan politik secara senyap yang dilncarkan oleh BN.
“Rakyat bijak menilai ke mana perginya sebahagian besar wang rakyat,”
katanya.
Beliau yang juga adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempertikaikan kenapa tiada sebarang bajet diperuntukkan bagi mengubah struktur tahap rasuah di negara ini.
“Masalah besar bagi negara ini ialah penyelewengan dan rasuah,
“Perubahan besar bagi membendung masalah rasuah ini yang mesti dititikberatkan,”
tegasnya.
Anwar turut menegaskan yang Najib tidak sepatutnya menggunakan gimik politik ini bagi memenangi hati rakyat dengan janji-jani pada Bajet 2013.

{ 2 trackbacks }