Artis Minum Arak Ketika Hamil : Berita di petik dari sebuah akhbar tabloid tempatan mengatakan seorang artis wanita minum arak ketika dirinya sedang hamil.
Agak mengejutkan juga kerana artis tersebut dikatakan yang beragama Islam, tetapi tidak segan silu meneguk arak di hadapan tetamu lain. Memalukan bangsa dan agama je artis sebegini.
Ingatkan orang yang rasa hebat teguk air kencing syaitan itu minah saleh, rupa-rupanya tidak. Anak Melayu kita pula yang rasa bangga dapat buat perkara yang orang putih suka. Malah cukup santai lagaknya semasa meneguk arak di hadapan ramai.
Apa yang membuatkan sekumpulan Melayu konservatif macam Diva geleng kepala bukan sebab mereka cemburu melihat minah pelakon itu dikepit lelaki macho macam bintang filem Hollywood sambil meneguk arak, tapi kerana melihatkan perutnya yang sudah terbonjol menunjukkan ada janin bernyawa sedang dikandungnya.
Khabarnya pelakon suam-suam kuku itu memang sedang berbadan dua.
Kalau dia tidak fikirkan diri sendiri, fikirkanlah anak dalam kandungan itu. Kalau tidak fikir kedua-duanya, fikirlah sensitiviti orang di sekeliling yang memandang. Sudahlah nama pun Melayu, mengandung pula, tapi mulut semerbak bau arak. Fikir-fikirlah sendiri.

