Banduan Lari Berjaya Ditahan Semula

by Harian Malaya on 19 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Banduan Lari Berjaya Ditahan Semula : Seorang banduan yang melarikan diri daripada kawalan polis selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam, berjaya ditahan semula di Taman Dato Rashid, di sini malam tadi.

Banduan Lari Berjaya Ditahan Semula

Banduan yang berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.25 malam apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata banduan terbabit juga minta dibukakan gari namun penduduk kampung segera memaklumkannya kepada polis.

Beliau berkata banduan terbabit dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dihantar ke Penjara Penor hari ini.

“Banduan itu tidak cedera, hanya sedikit calar di muka kesan daripada kemalangan itu dan dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, tiga anggota polis parah selepas kereta polis yang membawa banduan itu hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan dekat Taman Dato Rashid di sini.

Banduan Lari Berjaya Ditahan Semula

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, di sini.

Banduan tersebut yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan itu dikatakan bertindak agresif dengan menendang kerusi pemandu kereta polis itu menyebabkan ia hilang kawalan.

Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: