Banglo Dijual Sehingga RM2.4 Juta

by MediaKini on 8 September, 2012

in Info Riadah

Share:

Harga Banglo Dijual Sehingga RM2.4 Juta :Peningkatan harga hartanah sejak kebelakangan ini telah memaksa Uda Holdings Berhad menaikkan harga jualan rumah dan rumah kedai mereka, tetapi pada masa yang sama memberikan nilai tambah pada setiap pembelian.

Pengarah Urusan kumpulannya, Ahmad Abu Bakar berkata, terbaru rumah teres 2 tingkat di Bandar Uda Utama dijual bermula pada harga RM500,000, manakala banglo dijual pada harga RM1.6 juta sehingga RM2.4 juta.

“Kami mempunyai 120 hektar tanah di Bandar Uda Utama dan pembangunan dilakukan di kawasan tersebut pada tahun depan.

“Bagaimanapun, jika dikaji harga rumah yang ditawarkan Uda Holdings Berhad, ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan syarikat lain di bandar raya ini,” katanya pada sidang media pada Rumah Terbuka Aidilfitri Uda Holdings Berhad di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Uda Holdings Berhad yang juga merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Kami mempunyai agenda untuk membantu Bumiputera sejak ditubuhkan 40 tahun lalu. Walaupun harga jualan dilihat meningkat, tetapi kami memberikan nilai tambah kepada pembeli untuk memastikan pembelian mereka berbaloi.

“Selain itu, kejayaan kami membangunkan Bandar Baru Uda (BBU) sejak 1975 yang memperlihatkan syarikat mempunyai pengalaman serta pengetahuan untuk membantu pembangunan di bandar raya ini,” katanya.

Menurut Ahmad, pihaknya kini sedang membangunkan tanah di Taman Perling seluas 12 hektar sebagai penempatan semula penduduk Kampung Skudai Kiri.

Ahmad berkata, Uda membelanjakan RM5 juta untuk menaik taraf Plaza Angsana serta proses yang dijalankan mengikut jadual ditetapkan. - Harga Banglo Dijual Sehingga RM2.4 Juta

5.0

Previous post:

Next post: