Bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR Disimbah Cat Lagi

by MediaKini on 8 September, 2012

in Info Politik

Share:

Bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR Disimbah Cat Lagi: Bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas terbabit disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang sewaktu dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan tersebut.

“Bas yang datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim bagi menghadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.

“Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka,” dakwanya ketika dihubungi.

Katanya, beliau yang berada dalam bas tersebut bersama Anwar serta pemimpin PKR negeri ketika kejadian.

Menceritakan detik cemas tersebut, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung terbabit, hingga mendorong berlaku perbalahan di antara petugas AMK serta kumpulan tersebut.

”Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa,” kata Shamsul.

Sehubungan itu, Shamsul berkata, PKR Jasin akan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai, dijangka lewat petang ini.

”PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba setelah setengah jam kejadian. Baru mereka datang,” katanya lagi.

Kejadian tersebut merupakan kejadian ke-2 selepas Sabtu lalu, bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Sementara itu, Anwar Ibrahim di laman Facebooknya mengecam insiden tersebut.

”Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap!” tulis Anwar. - Bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR Disimbah Cat Lagi

5.0

Previous post:

Next post: