MALAYSIAKINI – Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka telah menyembunyikan fakta material dalam tuduhan itu.
Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar semasa itu.
Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, bahawa bekas ketua polis itu telah mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain yang melibatkan dakwaan liwat.
Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut, sementara itu Mat Zain adalah penyiasat keas mata lebam Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan meliwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.
Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk mengambil sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa adalah merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat, penyalahgunaan kuasa didakwa Mat Zain, bagi menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.
Katanya lagi, pengakuan Musa kepada Malaysiakini juga mengesahkan kebenaran pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa telah mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.
“Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang sendirinya meletakkan bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?,”
kata Mat Zain.

