Berpisah bukan sebab orang ketiga – Qi Razali

by Black Hat on 21 September, 2012

in Info Artis

Share:

KUALA LUMPUR –   Walaupun hubungan mereka sudah berakhir namun Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Razali akui hatinya kini masih ada buat bekas kekasihnya iaitu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna.

Qi Razali memberitahu dia tidak akan menolak andai ada jodohnya kelak bersama penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu.

“Ya, memang status kami kini sudah bertukar daripada kekasih kepada kawan. Kami membuat keputusan ini untuk lebih menumpukan perhatian kepada komitmen kerjaya masing-masing.

“Sebenarnya kami masih lagi berkawan baik serta berjumpa. Hubungan kami tidak pernah putus malah hubungan saya bersama keluarganya juga masih baik.

“Terus-terang, saya tidak merasa kecewa kerana bagi saya harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna. Saya juga percaya kalau dah jodoh tidak akan ke mana,”

katanya.

Pengacara Art Attack ini juga turut menafikan bahawa perpisahan mereka adalah disebabkan orang ketiga.

“Memang kami masing-masing ramai kawan tetapi perpisahan ini bukan kerana orang ketiga. Tetapi seperti apa yang saya katakan tadi, ianya adalah kerana kami masih sibuk dengan kerjaya masing- masing.

“Saya tidak boleh nak paksa dia balik ke Malaysia dan menjalinkan hubungan seperti biasa. Tapi tidak mustahil, jika satu hari nanti saya akan ke sana untuk bersamanya,”

luahnya lagi yang merancang untuk mengarahkan telefilemnya sendiri tidak lama lagi.- Info Artis @ forblogger.net

 

5.0

Previous post:

Next post: