Bertarung Nyawa Demi Menyelamatkan Nyawa Ibunya

by MediaKini on 12 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Bertarung Nyawa Demi Menyelamatkan Nyawa Ibunya: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki bertarung nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sendiri sebelum ditembak dengan pistol sebanyak 2 das oleh lelaki terbabit dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya setelah ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang di diami isteri serta 4 anaknya itu dengan menaiki kereta.

Menurutnya, pasangan tersebut yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham. - Bertarung Nyawa Demi Menyelamatkan Nyawa Ibunya

5.0

Previous post:

Next post: