TOKYO – Pemain perseoangan Malaysia Datuk Lee Chong Wei berjaya merampas kembali gelaran juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Terbuka Jepun selepas menumpaskan pencabar dari Thailand, Boonsak Ponsana, sebentar tadi.
Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun setelah menewaskan Bonsak Ponsana dari Thailand 21-18 dan 21-18.
“Perlawanan ini sengit tetapi ia menarik. Ini merupakan kejohanan pertama saya selepas Sukan Olimpik London.
“Saya amat gembira kerana telah bermula dengan kemenangan ini dan saya harap dengan gelaran ini saya boleh melupakan kekecewaan di London,”
katanya yang kecundang di tangan Lin Dan pada final Olimpik dua kali berturut-turut. -Info Sukan @ forblogger.net

