Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

by Black Hat on 24 September, 2012

in SEO Blog

Share:

Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

SYUKUR ke hadratnya berakhir jua permulaan yang dicipta beberapa bulan lalu. Tidak diduga artikel itu memenangi contest Search Engine Optimization (SEO) yang cukup panjang ini.

Demikian sebagaimana yang baru ditetapkan penganjur utama pertandingan berbentuk ilmiah ini, senarai peserta yang mengungguli Search Engine Result Page (SERP) haruslah revealkan operasi dalam contest ini. Dibawah berikut saya kongsi setakat yang mampu saya taip dan upload.

Fikir strategi SEO

Selepas berakhirnya contest Lelaki Kacak lepas (saya sempat membuat artikel “lelaki kacak dikalangan atis” sebagai sokongan backlink buat rakan-rakan, dua hari sebelum ianya berakhir), saya mendapat maklumat dari Fadzli Jomkongsistory, bahawa contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati pula sedang berlangsung.

Pada masa itu, terdetik dibenak untuk menyertai, tapi bila mengenangkan komitmen saya akan datang, maka saya batalkan niat buat masa itu. Entah bagaimana beberapa hari kemudian, terbit idea mendominasikan blog ini dalam contest SEO tersebut, so saya pun turut serta dengan berbekalkan sedikit strategi simple berharap akan menang serta sebagai kajian kemampuan blog.

Dengan itu termetrai lah sebuah artikel simple tersebut sebagai penyertaan (memang serba simple mengharapkan magic).

Strategi simple gaya orang busy, mendominasikan keadaan blog

Berikut adalah ciri-ciri blog ini yang membuatkan saya terdetik untuk membuat strategi “Sambil Menyelam, Minum Air”, lalu membuat keputusan menyetai rakan-rakan lain yang juga membuat kajian SEO:

  1. Blog ini ber’authority’ tinggi sedikit dengan SERP google. Pada 2 minggu domain ini dibeli sahaja sudah mempeoleh PR4 (Pagerank).
  2.  Satu lagi, kalau diikutkan sebenar-benarnya tarikh tamat contest ini, domain forblogger.net telahpun genap setahun (so turut seta sebagai acara ulang tahun pertama).
  3. Kemudian blog ini juga dikemaskini dalam kadar yang cukup stabil secara harian tanpa putus dan mengikut permintaan pembaca awam diluar sana (2 kelebihan disitu, permintaan dan konsisten).
  4. Manakala setiap/kebanyakan artikel yang dikemaskini haruslah di’backlinkkan oleh setiap penulis di sini (Google akan crawl blog ini minit demi minit). Backlink hanya automatik dengan khidmat socialmonkee (dahulunya untuk memiliki pemium akaun cukup mudah dengan percuma. Tapi kini sudah premium sepenuhnya, namun masih cukup murah.
  5. Setiap artikel diblog ini terdapat backlink yang diberikan pengunjung. Sama ada pengendali blog lain copy paste, pembaca social share melalui akaun mikro sosial mereka, forum, email dan lainnya.
  6. Dalam jumlah yang besar artikel-artikel dan category di blog ini (single post) sudah memiliki PR tersendiri dari PR1 hingga PR3.

Memikirkan 6 point diatas, apakah strategi yang boleh mendominasikan contest ini dengan cara simple? Jawapannya, saya membuat beberapa backlink ‘tersembunyi’ disemua artikel dan semua url pada blog ini dari post yang dah lama hinggalah yang baharu dikemaskini.

Mengapa backlink tersembunyi? Sebenarnya blog ini boleh dikatakan bukan lagi blog personal malahan memang tidak pernah menjadi blog personal. Jika dilihat situasinya memang jengkel jika dipanggil blog personal (personal saya sebenarnya semua mudah dikemaskini melalui mikro sosial facebook sahaja haha). Lagipun ada kelebihannya jika saya buat backlink tersembunyi.

Dimanakah letaknya backlink tersembunyi yang terdapat disemua url pda blog ini?

Backlink Menerusi Footer

Backlink Footer

Backlink ini tersembunyi pada logo tersebut dimana ianya muncul pada semua url di blog ini – dari PR0 hingga PR4, dan yang dah lama kemaskini dan baru kemaskini (setiap hari). Dari category dan artikel yang kebanyakannya ada PR1 hingga PR3 serta homepage yang PR 4 ianya sudah cukup baik saya fikir.

Backlink di Homepage

Backlink Homepage

Jika anda ke homepage blog ini, text ‘MUTAKHIR’ tersebut sebenarnya adalah image yang juga di’linkkan ke artikel penyerataan.  Ciri backlink dari homepage blog tersebut saya anggap baik kerana:

  • PR4
  • Kemaskini dengan kerap setiap hari, juga tidak mustahil di crawl google dengan kerap setiap hari.
  • Secara tidak langsung backlink tersebut juga akan ditelusuri serta memberi sendikit value popularity atas backlink tersebut.

Backlink di setiap artikel lama dan baru

backlink share button

Backlink ini tersembunyi diposisi yang begitu strategik dan statik, yakni pada sebelah button² social share kesemua artikel pada blog ini. Malahan ianya lokasi yang sesuai untuk di’crawl google dengan cenderung, memandangkan ia berada tepat dibawah heading H1, backlink itulah juga perenggan pertama disetiap artikel pada blog ini.

Anda boleh menguji keberkesanan backlink ini di Google dengan search keyword Eyriqazz Vs Denaihati, kemudian klik >More search tool >Post by 24 hours, anda pasti melihat banyak artikel forblogger.net bila selak page by page bukan? Bayangkan berapa kali google mengcrawl artikel penyertaan tersebut.

Jika tidak cukup lagi, anda boleh google search keyword “Eyriqazz Vs Denaihati whow! cabaran seo buat blogger malaysia bertanding keyword di search enjin google. Eyriqazz Vs Denaihati.”

Rasanya backlink ini paling berkualiti buat saya dan menyumbang juga kuantiti yang begitu konsisten, malahan dikemaskini dengan sangat kerap.

Backlink di Setiap artikel  baru

Backlink pada gambar post

Backlink disini juga cukup banyak saya buat, sambil menyelam, minum juga air (haha). Dimana backlink tersebut saya benamkan menerusi gambar pada artikel-artikel blog ini. Tidak semua, selepas kedudukan SERP google nampak stabil saya dah berhenti melalukan backlink-backlink gambar secara manual ini sejak beberapa bulan lalu lagi. Kelebihannya:

  • Artikel baru: google pasti akan crawl setiap isi kandungannya termasuk ‘gambar yang berbacklink’ itu.
  • Sebanyak mana artikel tersebut dishare pembaca, makin tinggi peratus artikel tersebut dicrawl google berulang kali untuk di ubah pula posisinya di SERP.
  • Secara tidak langsung, baclink ini juga cukup bagus.
  • Malahan, ramai juga penlis blog yang copy artikel di blog ini sepenuhnya termasuk gambar. Demikian juga pengguna forum yang update di forum-forum tempatan copy 100% untuk dijadikan topik pagi mereka disana. Menariknya, mereka copy 100% termasuk gambar, maka secara tak langsung saya dapat banyak backlink ke artikel penyertaan tersbut (hahaha).

Selebihnya saya sempat membuat blog Top Level Domain (blogspot), namun malangnya hanya sempat ‘buat’ sahaja, namun memang tak sempat nak urus dan cuba naikkan, so akhirnya saya rediectkan sahaja ke artikel penyertaan.

Demkianlah strategi simple saya “Sambil menyelam, minum air”. Saya telah mendominasikan semaksimanya Google authority blog ini dalam contest SEO tersebut. Diambil kira juga menjadi penyumbang kestabilan posisi artikell penyertaan saya tersebut:

  • Pagerank artikel², category dan homepage.
  • Backlink semua dofollow.
  • Backlink dari luar tadi secara tak langsung.
  • Setiap artikel pada blog ini di backlink atas janaan service socialmonkee milik setiap penulis (tiap hari), cukup memadai membuatkan artikel itu beribu-beribu kali dilihat crawler menerusi backlink yang diletakkan disemua url dan beberapa posisi.
  • Lain pula ceritanya dengan backlink yang pure diberikan oleh pembaca setia blog ini, walaupun tidak ramai namun pada saya cukup banyak dan cukup natural bilamana setiap artikel pasti ada share to facebook, twitter, email, google plus, dan banyak lagi akaun sosial mereka.
  • SELEBIHNYA: saya akan bookmark artikel saya ke site-site fav. Kerana bookmark cukup mudah dilakukan, antaranya adalah infogue.com, lintasme.com, kartikel.com dan beberapa lagi untuk artikel ini sahaja (tak sempat nak buat manual banyak²).
  • SELEBIHNYA: saya lebih 10 buah lagi blog lain, turut diberikan backlink disitu, cuma tidaklah kesemuanya, saya tidak sempat melakukan itu semua. Backlink dari komen pun saya lngsung tiada buat, demikian juga forum, hanya dua forum je secara x langsung saya sempat edit signature (wangcyber dan carigold).

Nampaknya lama saya tidak menulis artikel panjang sebegini (berjam-jam dah menaip dan upload² kat artikel ni je hahaha). Terima kasih kerana membaca.

Terima kasih kepada penganjur, sponsor, peserta lain, rakan blogger yang selalu berkunjung ke blog ini dan semua yang terlibat.

Special thanks pada penulis-penulis blog ini yang rajin mengemaskini dan turut membantu link building ‘diluar’ secara manual (mereka minta merahsiakan identiti).

Pada peserta lain, kalian sangat gigih, rajin membuat kajian, spy serta mencuba semua sudut peluang yang ada, itu adalah tanda anda akan menjadi rujukan generasi akan datang, insyallah.Tahniah buat kalian semua kerana mencuba, pastinya banyak input kalian dapat sepanjang penyertaan jika kalian cenderung dan bersungguh menjadikan ianya satu kajian. Saya sendiri menganggap strategi ini satu kajian dan pasti akan mempraktikkannya lagi akan datang.

Masalah sepanjang contest berlangsung

Pantai mana tidak dilambung ombak, inikan pula dalam contest SEO yang nyata setiap masa pesaing mengintai peluang. Apatahlagi ianya berlansung lama :D . Masalah paling utama buat saya sejak beberapa minggu lepas adalah hosting, blog ini kerap down dalam beberapa minggu (hampir sebulan). Dalam situasi itu saya turut tertekan bila blog setiap hari PASTI down beberapa kali dalam tempoh satu jam hingga berjam-jam lamanya. Sedikit sebanyak memburukkan prestasi blog ini bila mana banyak visitor datang ke blog, dalam tempoh beberapa saat sahaja blog terus di “close” sebab tak boleh buka. Effect bounce rate, bukan hanya memburukkan artikel penyertaan dalam contest, malah lainnya janaan dalam blog ini.

So saya buat keputusan pindah ke hosting namecheap, alhamdulillah kini langsung tiada sebarang masalah.

Dibawah berikut saya sertakan sedikit beberapa link yang menunjukkan usaha gigih dan cekal peserta dalam fenomena contest ini:

  1. Eyriqazz Vs Denaihati on Facebook page
  2. Eyriqazz Vs Denaihati on Firefox
  3. Eyriqazz Vs Denaihati on Google Plus
  4. Eyriqazz Vs Denaihati on Twitter
  5. Eyriqazz Vs Denaihati sub contest 1
  6. Eyriqazz Vs Denaihati Kuiz
  7. Eyriqazz Vs Denaihati on Mashable

Ps: Mungkin karya seo terakhir saya pada tahun 2012 – Thesis Blogger Template version 2.

Pss: add me on facebook.

Psss: Sedar tak sedar contest ini hampir beberapa hari saja lagi mencecah 4 bulan ;) .

Pssss: Saya akan delete beberapa backlinnk pada gambar-gambar tersebut.

Manis tak awek pada gambar diatas? ;)

5.0

Previous post:

Next post: