Darling Anggap Gossip – Keluarga Tidak Pernah Bincang Perkahwinan Anne & Aliff Aziz : Info yang agak mengejutkan juga bila Darling, kakak Anne keluarkan kenyataan keluarga mereka tidak berbincang tentang perkahwinan Anne dan Aliff Aziz.
Kakak kepada pelakon Anne Ngasri iaitu Darling Ngasri memberitahu tiada perbincangan mengenai perkahwinan melibatkan adiknya dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz seperti yang diperkatakan.
[Memey Mengidam Buah Mangga Jiran, Norman Terkena Alahan]
Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, 29, berkata, keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah berbual mengenai isu itu dan menganggap ia adalah gosip semata mata.
“Tidak benar keluarga kami telah berbincang mengenai perkahwinan Anne dan Aliff,” katanya kepada wartawan.
Darling juga enggan mengulas kononnya perhubungan Anne dan Aliff tidak direstui keluarga penyanyi yang terkenal dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku itu.
[Teguran Sultan Johor Atas Pembelian Peralatan GGK Dihargai]
Dalam pada itu, Darling berkata, dia lebih suka melihat adiknya itu berkawan sahaja dengan Aliff kerana pada pengamatannya mereka lebih sesuai menjadi sahabat.
“Saya sebagai seorang kakak melihat hubungan mereka lebih sesuai sebagai sahabat dan tidak lebih daripada itu dan adalah lebih baik mereka memberi fokus kepada kerjaya masing-masing. Bagaiamanapun jika ada jodoh diantara mereka itu adalah ketentuan.
“Saya secara dasarnya tidak boleh menghalang atau melarang dan itu sekadar pendapat saya sebagai orang paling dekat dengan Anne,” ujarnya.
Tambah Darling, dia melihat Aliff sebagai seorang penyanyi dan pelakon berbakat dan atas sebab itu dia mengambilnya berlakon dalam drama terbitan syarikatnya Nasreen Pictures di samping Anne.
[Yuna Dan Qi Masih Bersama, Penjelasan Untuk Peminat]


{ 3 trackbacks }