Datuk gersang dicekup bersama janda

by Black Hat on 1 September, 2012

in Info Agama

Share:

Datuk gersang dicekup bersama janda

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun bersama pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditangkap dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam.

Hasil soal siasat mendapati, lelaki tersebut yang sudah mempunyai tiga cucu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda.

Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu membuka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan.

Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 yang berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui.

Kesemua pasangan tersebut yang berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid.

Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi itu dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu.

“Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara yang kurang bermoral,” katanya.

Susulan tersebut, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung tangkapan yang dilakukan.

- AGAMA @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: