Dira Tidak Mahu Komen lebih Lanjut Kes Pergaduhannya

by MediaKini on 12 September, 2012

in Info Artis

Share:

Dira Tidak Mahu Komen lebih Lanjut Kes Pergaduhannya: Hilang tanpa berita, seolah-olah seperti merajuk dengan dunia seni tanah air, begitulah yang kelihatannya daripada pelakon serta pengacara Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar.

Namun, Dira kini mengakui dia masih lagi aktif bergiat sebagai anak seni. Cuma kini aktiviti seninya semakin dikurangkan berikutan dirinya yang sudah kembali bergelar seorang pelajar sarjana dalam bidang pengajian Filem dan Televisyen Digital di Universiti Lim Kok Wing.

Jelas Dira lagi, situasi dirinya yang dikatakan menyepi akibat merajuk setelah disingkirkan daripada program popular Melodi, berikutan insiden pergaduhannya bersama seorang wanita di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail pada April lalu, nyata tidak benar sama sekali.

Ditanya lanjut mengenai perkembangan kes pergaduhan tersebut, dia juga masih belum menerima sebarang maklum balas terbaru juga status terkini mengenai isu berkenaan.

“Selagi belum ada apa-apa keputusan yang sahih dan jelas, saya tidak mahu komen perkara itu dengan lebih lanjut. Buat masa ini belum ada sebarang perkembangan dan saya masih menunggu keputusan dari pihak yang mendakwa saya mencederakannya itu.

“Apa-apa pun saya mahu keputusan yang terbaik untuk memperjelaskan situasi sebenar sekaligus menyelesaikan kes ini secara baik,” komen Dira yang belum mendapat maklum balas daripada pihak wanita tersebut.

Dalam pada itu, dia kini sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang pengajian Filem dan Televisyen Digital sebagai tunjang pendidikannya. Kata Dira, dia mempunyai impian bagi bergelar pengarah dan juga penulis skrip.

“Baru memasuki semester pertama, saya perlu memberikan tumpuan yang lebih terhadap pengajian ini. Impian saya selain menjadi pelakon yang berjaya adalah ingin mencuba bidang pengarahan serta penulisan lakon layar.

“Jadi saya bukanlah hilang atau menyepi disebabkan kes tersebut tetapi kerana kini saya mempunyai keutamaan yang lain. Namun peringkat sarjana tidak seperti ijazah dimana saya perlu menghadiri kelas dengan kerap tetapi buat sementara waktu saya memilih bagi fokus pada pengajiannya terlebih dahulu,” ujarnya .

Masih memenuhi tawaran berlakon, Dira yang akan tampil dengan filem terbaru, Untuk Tiga Hari bakal kembali ke lokasi penggambaran tidak lama lagi.

“Jika tiada halangan saya akan mengikuti Ahmad Idham bagi telemovie terbarunya Lari, bersama-sama Aaron Aziz. Penggambaran akan dijalankan di sekitar negeri Perlis tidak lama lagi,” jelasnya ­­­­­mengenai aktiviti seninya. - Dira Tidak Mahu Komen lebih Lanjut Kes Pergaduhannya

5.0

Previous post:

Next post: