Dr M: ‘BN boleh menang PRU13 tapi masalahnya…’

by Black Hat on 5 September, 2012

in Info Politik

Share:
Dr M: 'BN boleh menang PRU13 tapi masalahnya…' Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah Doktor Kehormat (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Sebelas Maret Indonesia, semalam.

SURAKARTA, Jawa Tengah – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga rakyat Malaysia dalam PRU13 nanti dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.

Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Ini kerana, katanya, perbuatan demikian boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.

“Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka mesti akan dapat dua pertiga.

“Tapi kalau depa nak main… orang ini tak suka, orang itu tak suka, kalah pun boleh jadi,”.

Kata pemimpian yang digelar ditktator oleh Yahudi itu pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.

Dr Mahathir pada Isnin lalu menerima anugerah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh Universti Sebelas Maret Indonesia (UNS Solo), Jawa Tengah.

Ditanya mengenai kriteria yang wajib ada pada calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata mereka mestilah terdiri daripada orang yang dikenali sebagai berfikiran waras, berpelajaran, berkaliber dan mempunyai pengalaman dalam selok belok negara demokrasi.

Katanya, apa yang menjadi masalah dalam BN sekarang ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.

“Saya tak fikir Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj dan cantas.

“Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang dan berkaliber dilihat rakyat,”

katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata lagi, anggota Umno dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

Katanya, jika mereka menyedari hakikat itu, anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN.

“Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, mana mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.

“Jadi kenapa tidak kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih (sebagai calon) parti tak mau sokong.

Sepatutnya kita sokong mereka juga. Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya kita nak tentukan parti menang,”

katanya.

Menteri permodenan ini ditanya lagi, sama ada BN boleh menang seandainya pilihan raya diadakan dalam waktu dekat, Dr Mahathir berkata, beliau yakin BN akan menang namun beliau belum boleh meramalkan sama ada BN akan menang dengan majoriti dua pertiga.

“Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat,”

katanya – POLITIK @ forblogger.

5.0

Previous post:

Next post: