Dr M: Kuasa asing mahu perubahan rejim di Malaysia

by Black Hat on 24 September, 2012

in Info Politik

Share:

Dr M: Kuasa asing mahu perubahan rejim di Malaysia
KUALA LUMPUR: Beberapa kuasa asing amat berharap berlaku perubahan rejim di Malaysia dengan membiayai pertubuhan propembangkang tempatan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, matlamat utama mereka ialah untuk misi pelantikan seorang pemimpin yang boleh mengikut telunjuk mereka.

Dr Mahathir berkata, pembiayaan dari National Endowment for Democracy dan badan tajaan spekulator matawang warga Amerika George Soros iaitu Open Society Institute (OSI), kononnya atas nama demokrasi serta kebebasan, bukan sahaja jahat malah menunjukkan niat tersembunyi bagi campur tangan dan mengawal politik di Malaysia yang selama ini tersekat.

“Dia mesti ada tujuan, baik liberal west mahupun Soros, meeka mahukan satu Perdana Menteri yang boleh dia guna.

“Sebab itulah, mereka inginkan perubahan rejim di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri nanti boleh ikut telunjuk dia,”

ujarnya ketika diminta mengulas pengakuan portal berita bahawa ia menerima pembiayaan asing termasuk daripada OSI.

Terdahulu, ketika merasmikan Perundingan Pakar Peringkat Tinggi berhubung Islam dan Kesihatan Wanita anjuran Persekutuan Perancangan Kekeluargaan Antarabangsa (IPPF), Dr Mahathir berkata umat Islam perlu ikhlas dan kembali kepada ajaran al-Quran sebagai cara hidup dan sumber kekuatan.

Beliau berkata, kejadian yang menimpa kebanyakan masyarakat Islam di dunia hari ini adalah kerana mereka terpesong mahupun memesongkan al-Quran.

“Kini kita kurang berpegang kepada al-Quran, akan tetapi lebih memberi perhatian terhadap apa yang dianjur oleh sunnah dan hadis, yang sebenarnya merupakan pilihan.

“Oleh itu, umat Islam perlu kembali kepada ajaran al-Quran yang satu, kerana ia adalah sumber kekuatan kita untuk menjadi orang berjaya,”

katanya.

- Info Politik @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: