Fouziah Gous Masih Sedih Dengan Pemergian Bapa

by MediaKini on 21 September, 2012

in Info Artis

Share:

KUALA LUMPUR – Aktres Fouziah Gous mengakui masih kesedihan terhadap kematian bapanya Mohd Gous Agulam Dastagir pada 11 Ogos lalu yang menyebabkan dia hilang fokus pada kerjaya pada waktu ini.

Fouziah, 30, berkata, fikirannya masih terganggu serta sukar bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada komitmen lakonan walaupun setelah 20 hari berehat.

“Saya baru sahaja kembali bekerja setelah lebih 2 minggu berehat di rumah kerana kematian bapa. Alhamdulillah, emosi saya makin stabil sekarang tetapi perasaan sedih itu tetap masih ada.

“Walaupun saya sudah mula berlakon, tumpuan terhadap kerja tersebut tidak sepenuhnya. Fikiran saya masih bercelaru serta tidak boleh fokus berbanding komitmen yang biasa saya berikan sebelum ini,”.

Dalam drama bersiri arahan Fairuz Loy ini, Fouziah bergandingan bersama Zain Hamid, Noniswara, Adam Shah serta Saiful Nizen.

Ia akan ditayangkan bermula 27 September ini pada setiap hari Khamis, jam 10 malam menerusi slot Seram di TV3.

Fouziah berkata, dia kini terpaksa mengatasi kedukaannya serta berusaha mengembalikan rentak dan tumpuan kerana sudah terikat dengan pelbagai komitmen yang tertangguh sebelum ini susulan pemergian tersebut.

“Saya terpaksa lunaskan tanggungjawab pada beberapa projek lakonan kerana tertangguh sebelum ini apabila bapa saya meninggal dunia.

“Mahu tidak mahu, saya perlu fokus serta mencari kekuatan agar dapat bekerja seperti sedia kala,”

Fouziah yang baru pulang dari Maghribi untuk penggambaran telefilem Siapa Di Hatimu, minggu lalu.

Mengenai watak sebagai Sarakit dalam Dendam Sarakit, Fouziah berkata, cabaran terbesar bagi menjiwai karakter itu adalah kesukaran mengungkapkan dialog yang menggunakan ayat bahasa Malaysia baku.

“Sukar sebenarnya bagi saya mengungkapkan dialog drama ini kerana perlu bertutur dengan bahasa Malaysia yang lengkap seperti ayat rasmi dan baku, bukan bentuk perbualan harian.

“Lagipun pembabitan dalam drama tersebut yang menjalani lebih 90 peratus penggambaran di Bentong, Thailand selama 32 hari adalah merupakan pengalaman pertama saya berjauhan daripada keluarga dalam tempoh yang panjang.

“Akibat tidak dapat menahan menanggung rindu pada ibu, saya curi-curi peluang juga balik ke Kuala Lumpur apabila penggambaran tidak melibatkan adegan saya,”.

Bapa Fouziah meninggal dunia pada 11 Ogos lalu akibat sakit tua pada usia 75 tahun. – Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: