Galaxy Note 10.1 serendah RM699

by Black Hat on 26 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Galaxy Note serendah RM699: Peluang baik kepada ahli Maxis One Club (MOC) kerana berpeluang menikmati tawaran menarik yang disediakan Maxis Berhad menerusi produk Samsung Galaxy Note 10.1 pada harga serendah RM699.

Tawaran tersebut turut dilengkapi dengan pemberian akaun Loker percuma pada ruang simpanan awam peribadi sehingga 25GB dibuka sehingga 30 Sep.

Sebagai penjelasan kepada pelanggan yang masih belum mengenali produk Loker Maxis, ia adalah ruang simpanan dan boleh diakses bagi kesemua kandungan digital menerusi produk dikenali Maxis Cloud.

Ahli MOC berpeluang menikmati pakej tawaran serendah RM699 bagi Samsung Galaxy Note 10.1 tanpa bayaran pendahuluan dikenakan.

Tawaran ini juga turut disediakan dengan pakej data RM128 yang dilengkapi 6GB dan nilai tempoh masa bercakap RM30 untuk kontrak 24 bulan.

Sementara itu, ahli MOC juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note 10.1 pada harga RM999 dengan pakej data RM98 yang dilengkapi 3GB dan nilai tempoh masa bercakap RM30 untuk kontrak 24 bulan.

“Di Maxis, kami memastikan ahli MOC diberikan keutamaan khususnya apabila terdapat tawaran menarik sebagai menghargai kesetiaan pelanggan.

“Tawaran terbaru itu adalah susulan kejayaan pakej telefon pintar yang menggalakkan. Program yang disediakan menerusi produk tablet Samsung ini bertujuan menghargai pelanggan dengan memberi ganjaran berterusan susulan pengenalan program MOC sejak 10 tahun lalu,”

kata Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebagai penyedia perkhidmatan rangkaian terbesar di Malaysia, Maxis telah melaburkan RM3.7 bilion untuk tempoh tiga tahun lalu.

Pelaburan modal yang diperuntukkan itu adalah bertujuan menyediakan capaian liputan sebanyak 95 peratus bagi 2G manakala 81 peratus adalah untuk 3G berkelajuan tinggi.

Selain itu, daripada 5,200 sebanyak 3,400 tapak Maxis 3G turut dilengkapi keupayaan 42Mbps serta pelancaran LTE yang cekap.

Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pakej terbaru itu serta kelayakan keahlian,boleh menghubungi talian 1 800 82 1123.- Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: